Pembangunan Belia Perlu Dipersiapkan Dengan Kompetensi

classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
info.mcys info.mcys
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Pembangunan Belia Perlu Dipersiapkan Dengan Kompetensi


Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyampaikan ucapan nasihat kepada Peserta SSEAYP Ke-43, 2016.

[Sumber: Teks - Nooratini Haji Abas - Penerangan
Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali - Penerangan

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 21 Oktober. - Pembangunan belia selaku generasi pewaris dan penerus perlu dipersiapkan dengan kompetensi diri yang tinggi kerana ia adalah penting untuk membela kemampuan daya fikir berteraskan ilmu dan kemahiran semasa.

Justeru itu, golongan belia perlu dipersiapkan dari segi mental, fizikal dan spiritual bagi memastikan keupayaan mengekalkan pencapaian juga kemakmuran negara serta sentiasa berusaha untuk membangunkan negara.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menekankan demikian pada Majlis Penyerahan Bendera Kebangsaan bagi Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) Ke-43, 2016 di Bilik
VIP, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

Katanya, rangka kerja pembangunan belia negara adalah untuk memberi penumpuan pada aspek menyerlahkan potensi belia, sementara dalam pembangunan belia pula, perkara utama ialah penerusan dan kesinambungan program serta proses pembentukan yang memberikan manfaat kepada golongan belia.

Menyentuh soal belia, Yang Berhormat menjelaskan, perencanaan panjang Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan pelaburan yang tinggi adalah dengan sasaran penghujungnya untuk mewujudkan belia Brunei yang cemerlang.

''Sehubungan itu, wawasan tersebut mustahak digalas, diisi dengan projek dan program yang berimpak tinggi dan pada waktunya oleh semua institusi belia di dalam dan di luar kerajaan,'' tegasnya.

Maka kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melihat kolaborasi tersebut menurutnya penting supaya program pembangunan belia berada di landasan yang betul dan ini termasuk menilai semula keberkesanan program yang telah dilaksanakan dan menambah baik program yang akan datang.

Oleh yang demikian, Yang Berhormat mengingatkan para peserta supaya manfaatkan program itu dengan sebaiknya melalui interaksi konstruktif dan kritis serta mengambil iktibar pada amalan-amalan yang baik dari sepuluh negara sahabat untuk dibawa pulang.

''Tunjukkan dan perkasakanlah identiti tulen orang Brunei yang berpegang teguh dengan konsep Melayu Islam Beraja itu dalam kegiatan harian program,'' ujarnya.

Dalam pada itu, tambah Yang Berhormat, negara Jepun juga wajar diberi pujian dan sanjungan kerana dapat mencipta program terkemuka ini.

Melalui program itu, negara jepun banyak membantu dengan usaha mempersiapkan belia-belia di masa hadapan secara kolaboratif, yang mana dalam konteks ASEAN sangat diperlukan.

Program usaha sama itu telah dimanfaatkan oleh belia-belia ASEAN yang memberi keriangan pada mereka juga menjadi pengikat hubungan harmoni di dalam melayari masa depan apabila mereka berada di persada kejayaan.